FAQ  /  Tautan  /  Peta Situs
    30 10-2017

    1487

    Program KIM Indonesia ke Malaysia Jalin Hubungan Erat Dua Negara Berjiran

    Kategori Sorotan Media | Evita Devega

    Pegawai Kementerian Komunikasi dan Informatika, Indonesia, Eko Slamet Riyanto, 55, berkata, menerusi program selama enam hari itu, beliau dapat melihat keunikan budaya terutamanya produk kraf tangan yang dihasilkan oleh beberapa perusahaan tempatan.

    Jelasnya, mengambil contoh perusahaan labu sayung dan seni tekat benang emas, beliau tidak menyangka produk tradisional yang dihasilkan secara turun-temurun itu masih mendapat sam­butan sehingga kini.

     

    “Melihat kesungguhan pengusaha tekat benang emas iaitu Azizah Mohd. Yusof, saya tidak menyangka ketika dia berada pada usia emas, wanita tersebut masih tetap memelihara dan aktif membuat kraf tangan itu.

     

    “Pada pendapat saya, daerah Kuala Kangsar sendiri mempunyai kekuatan. Kerukunan masyarakatnya dilihat akrab dan mereka bersatu dari aspek membangunkan kampung dan negeri. Ini wajar dijadikan contoh kepada kami untuk diterjemahkan di Indonesia,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.

     

    Dalam program tersebut, seramai lapan orang delegasi dari Indonesia yang terdiri daripada lima pegawai Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia (KOMINFO) dan tiga orang Ketua Kelompok Informasi dan Forum Masyarakat Sidoarjo, Swarguna, Kota Surajaya dan Kota Surabaya, Indonesia dibawa melawat daerah ini selama sehari.

     

    Program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) itu membawa delegasi tersebut melawat perusahaan labu sayung, seni tekat benang emas dan pembuatan parang yang menjadi produk sinonim dengan Kuala Kangsar.

     

    Sementara itu, Azizah yang berusia 79 tahun dan terlibat dalam dalam seni tekat benang emas di Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan dekat sini berpendapat, kehadiran delegasi dari Indonesia secara tidak langsung mempromosikan Kuala Kangsar kepada mereka.

     

    Azizah yang berpengalaman lebih 60 tahun dalam pembuatan tekat benang emas, mereka amat berminat dan kagum terutamanya apabila melihat benang emas yang ditekat rapi pada kain baldu.

     

    “Mereka tidak percaya bahawa benang emas ini ditekat dengan menggunakan tangan, malah mereka juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa harga sebuah kraf tangan ini mencecah ribuan ringgit.

     

    “Ini menunjukkan bahawa meskipun Malaysia dan Indonesia serumpun, namun masih terdapat banyak aspek kebudayaan yang perlu dipelajari rakyat kedua-dua negara agar hubungan terus akrab,” katanya.

     

    Pengusaha labu sayung, Harun Mat Jidin, 53, berkata, program tersebut merupakan langkah terbaik yang dijalankan oleh JaPen untuk membantu menambah pendapatan peniaga tempatan.

     

    Menurutnya yang mengusahakan labu sayung bertempat di kedainya, Harun Pottery di Kampung Kepala Bendang di sini, selain menjualnya kepada delegasi Indonesia, beliau juga sempat mengajar cara tradisional dan moden pembuatan produk kraftangan itu.

     

    “Mereka amat berminat dengan produk labu sayung, malah ada yang memaklumkan kraf tangan ini dijual di Indonesia, namun apa yang ditawarkan di sini lebih menarik terutamanya melibatkan aspek rekaan,” katanya.

     

    Dalam pada itu, Ketua Forum Kelompok Informasi Masyarakat Surabaya, Indonesia, Bobbin Nila Prasanta Yuda, 43, memberitahu, melalui program tersebut, beliau mempelajari nilai-nilai harmoni terutamanya aspek saling hormat-menghormati antara sesama insan.

     

    “Di Kuala Kangsar, saya dapat lihat masyarakatnya lebih bertoleransi. Mereka masih membanting tulang mempertahankan budaya dan tradisi mereka meskipun sudah menjangkau usia emas.

     

    “Ia memberi inspirasi kepada saya untuk menerapkan nilai-nilai murni itu kepada 154 orang penghulu desa yang berada di bawah kendalian saya di Surabaya kelak,” katanya.

     

    Beliau turut berharap program tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang, sekali gus menjadi platform terbaik untuk pegawai kerajaan kedua-dua negara bertukar-tukar idea dan pendapat.

     

    Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm 

     

     

    Berita Terkait

    5 Proposisi Indonesia soal Keamanan Data di Pertemuan G20

    Pemerintah Indonesia menyerukan kedaulatan dan keamanan data dalam pertemuan puncak dari rangkaian pertemuan G20 Digital Economy Ministerial Selengkapnya

    Google dan Kominfo Resmikan Google Cloud Jakarta Region

    Google bersama dengan Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) meresmikan Google Cloud Region Jakarta. Dirancang mendukung pelanggan Selengkapnya

    Laos Belajar Ke Indonesia Kembangkan Ekonomi Digital

    Pemerintah Republik Rakyat Demokratik Laos (Lao PDR) tertarik dengan cara Indonesia mengembangkan ekonomi digital. Selengkapnya

    POS Indonesia Terbitkan Prangko Terkait Keanekaragaman Flora dan Fauna

    Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) melalui PT Pos Indonesia menerbitkan serial prangko dan benda filateli yang terkait dengan Selengkapnya

    SOROTAN MEDIA